Islam Agama Ku

Jika hari ini aku terlalu gembira,sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah. Jika aku bersedih tanpa kata,Pujuklah aku dengan tarbiyah pencipta. Jika aku lena tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga-Nya.

Moga dirimu juga, sentiasa merinduiku. Semoga kita akan ketemu nanti. :’)

biar bertemu dalam redha Allah . akan aku tunggu :’)

(Source: penceritabisu, via puteriena18)

Selalunya, suatu kerinduan itu, tidak mampu diungkapkan dengan susunan kata-kata.
Tidak mampu dituturkan dengan seindah bahasa.
Kadang-kadang juga tidak mampu terluah oleh apa-apapun.
Kepada sesiapa dan bagaimana, tidak tahu.

Yang seringkali terjadi,
Aku duduk bersendirian,
Merenung saat pahit manis bersama,
Manik turun membasahi pipi,
Tuhan sebagai saksi.

Aku merasakan, itulah saat paling lepas dalam melepaskan kerinduan kepada kamu.
Hanya air mata yang mampu membicarakan kerinduan itu.
Hanya air mata yang mampu mengiramakan saat indah lalu.
Hanya air mata yang mampu meluahkan segalanya.
Hanya air mata, membuatkan aku lega!

Lebih manis air mata dititiskan ketika rindu itu disampaikan melalui ilahi.
Semoga rindu diri ini mampu dirasai org jauh di sana.

Aku cukup rindu padamu!

Ummi sayang, semoga ummi sentiasa berada di dalam genggaman Allah. Semoga selalu berada di dalam kecintaan Allah. Semoga ummi juga rasa, disini sara merindui ummi :) *salam sayang Maisarah Ishak <3

He know’s better :)

(Source: ukhtyseha)

Aku hanya merancang,
Allah jua menentukan,
Ku pasrah pada ujian,
Biarpun datang menghujan,
Hikmah seiringan,
Untuk ku fikirkan.

Biar segetir mana ujian melanda,
Baik berjaya atau kecewa,
Baik suka atau terluka,
Ku terima dengan hati terbuka,
kerana memang,
Begitu Kehendak-Nya.

Ku yakini, itulah yang terbaik dari-Nya,
Buatku, seorang hamba,
Hanya Dia,
Mengetahui segalanya.

(sebutir jernih jatuh)

— 8:24 PM
180414

(via trinopiyanita)

Ada yang diam-diam merindukanmu : aku

(via unflawlessperson)

(via thefifie)

Different people,
different test.

Allah uji sebab Dia sayang kau,
Dia sayang aku,
Dia sayang kita.

Mengapa perlu mengeluh,
sedangkan ujian itu kafarah dosa.
Senyumlah.
Allah faham kita.
Because He’s our Creator.

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan TadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

[67:14]

Fauzan Arif (via fauzan-arif)

(via ukhtiaiesyaaumie)

Aku ini belum menjadi tempat labuhan yang indah, hati yang compang camping tak pantas untuk disinggahi, bersabarlah hingga nanti, aku sedang menghias hati ini dengan keimanan pada sang ilahi

HatiKecil (via velvetmerah)

(via ukhtiaiesyaaumie)

Rindu.

Tapi apa aku boleh buat?
Text dia?
No way..
Kata nak redha Allah. So kenalah bermujahadah sikit.
Lawan kata hati yang boleh bawa pada kemaksiatan.
Sebenarnya tu hasutan syaitan.
Ikut kata iman. Bukan kata nafsu.

Allah kan ada..
Pergilah doa pada Dia.
Moga Allah sampaikan rindu kau padanya.
Tak perlu nak guna cara salah..
Nanti Allah murka.
Sabar.

#SabarItuIndah.

Syukran buat semua yang follow ana :) Semoga anda sentiasa di bawah jagaan dan pelindungan Allah :) Salam ukhuwah fillah 

TotallyLayouts has Tumblr Themes, Twitter Backgrounds, Facebook Covers, Tumblr Music Player and Tumblr Follower Counter